Wednesday, July 2, 2008

Parking Motor

Assalamu'alaikum!
Alhamdulillah, akhirnya garaj parking motor baru untuk penghuni Blok Aman dapat disediakan oleh pihak pentadbiran IP. Semua ini adalah hasil daripada usaha penat lelat dan jerit perih berterusan ketua Wardan IP yang sentiasa cube memastikan kebajikan penghuni asrama terjaga.
Amat menyedihkan apabila hanya segelintir pelatih yang menghargai kehadiran garaj ini apabila masih terdapat segelintir pelatih yang enggan menggunakan tempat parkir baru ini. Ramai di antara pelatih yang masih lagi memakir motorsikal mereka di kaki lima asrama dan di garaj khas yang disediakan untuk warden.
Nasihat saya, gunakanlah tempat parkir khas yang telah disediakan oleh pihak pentadbiran IP untuk pengguna motorsikal. Orang berbudi, kita berbahasa. Tempat telah disediakan, gunakan dengan sebaiknya. Sekiranya parkir khas itu tidak muat atau sudah penuh, barulah parkirkan motorsikal anda di tempat parkir lama iaitu di hadapan bilik P. A (Garaj lama) dan bukan di tempat- tempat lain. Janganlah kita tergolong di kalangan orang- orang yang kufur. Wallhualam.

No comments:

Wajarkah disediakan satu tempat parkir kereta khas untuk penghuni Kolej Kediaman Aman dan Budiman seperti mana tempat parkir khas yang telah disediakan untuk kolej kediaman pelatih perempuan (Kolej Kediaman C, D, G)?

Wajarkah pelatih di Blok Aman memakir motorsikal mereka merata- rata selain daripada tempat parkir khas yang telah disediakan?